Tuesday, March 2, 2010

02-03-2010

Makan dan minumlah dengan menggunakan tangan kanan kerana makan dan minum yang menggunakan tangan kiri itu menyukakan syaitan.

01-03-2010

Janagan diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk mencari keredhaan Ilahi.Bermula wadah ilmu itu adalah dengan fikir yang penuh dengan penghayatan dan bersedekah.

27-02-2010

Hidup ini adalah suatu perjalanan.Perjalan pula terdapat berbagai ujian.Setiap ujian itu tersirat hikmahnya.Setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan.

26-02-2010

Kenali malaikat dengan menghafal nama-nama mereka berserta tugas-tugasnya.Sering-seringlah berbisik-bisik dengan mereka tetapi awas! Jangan terpedaya pula pada bisikan syaitan.

25-02-2010

Hafallah kesemua cerita 25 para rasul itu bersama sejarahnya.Disitulah tersurat masalah yang terkumpul di akhir zaman ini.
fikir-fikirkanlah?

24-02-2010

Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia selagi kita tidak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yang membawa kepada dengki dan kianat.

23-02-2010

Fikir mati itu juga merangkumi penyediaan kepada barisan kepimpinan,sokongan,pelapis dan ekonomi agar apa yang ditinggalkan terus terlaksana sebagai amal jariah.