Saturday, November 7, 2009

30-10-2009

Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya,
Sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga juga sebaliknya.

31-10-2009

Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.

04-11-2009

Orang yang bersedekah itu akan diberkati Allah rezekinya,dipanjangkan usianya,disihatkan tubuh badannya,dimuliakan dan dipermudahkan segala usahanya.

05-11-2009

Kebaikan bersedekah di dunia itu ada 5 iaitu:
1)Suci harta
2)Bersih Diri
3)Jauh Dari bala
4)Menyenangkan hati (masyarakat)
5)Murah rezeki

06-11-2009

Sesuatu kerja itu bergantung kepada niat,maksud,fikiran dan matlamat,
Kejayaan atau kegagalan itu disertakan hikmah dan ujian untuk difikir dan direnungkan.

07-11-2009

Rezeki yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita,
Tidak semestinya banyak tetapi sekadar mencukupi,
Syukur itu adalah benteng dari yang haram.

08-11-2009

Success is a mind game!
Nothing more or nothing less,
Any negative result is all for GOOD!
Any objection or rejection is just an experience & knowledge for you to go further....