Wednesday, April 28, 2010
29-04-2010
Bacalah Al-Fatihah dengan niat menyusuli jalan syahadah dari Adam a.s hingga Rasul S.A.W(wadah fikir) dan ditambah pula dengan 7x surah Al-Quraisy, Al-Maun dan Al-Kautsar.
28-04-2010
Pesan orang arifbillah,
baca Al-Fatihah 7x dari Subuh-Isyak,
baca Yassin 70x dari Zohor-Asar,
baca Al-Kahfi dari Asar-Maghrib,
baca 10 surah lazim dari Maghrib-Isyak.
baca Al-Fatihah 7x dari Subuh-Isyak,
baca Yassin 70x dari Zohor-Asar,
baca Al-Kahfi dari Asar-Maghrib,
baca 10 surah lazim dari Maghrib-Isyak.
27-04-2010
Perbanyakkan zikir Lailahaillallah,bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikkan/terusan amalan (elok membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun)
26-04-2010
Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa juga memohon keampunan dari mereka (eloklah membaca surah Al-Fatihah,Al-Imran dan Al-Kahfi)
24-04-2010
Uzlahkan diri dari kesibukan dunia,kelukan lidah dengan memperbanyakkan tasbih,matikan hati dari berangan tentang dunia (hayati Al-Quran dan matikan jasad dengan banyak zikirullah.
23-04-2010
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,Nabi Musa dan Nabi Isa.Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada ALLAH s.w.t.
23-04-2010
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,Nabi Musa dan Nabi Isa.Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada ALLAH s.w.t.
22-04-2010
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.Andai kaya,lihatlah kepada yang miskin.andai miskin lihatlah kepada yang papa.Andai papa,lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.
21-04-2010
Kata orang arifbillah,pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat (jangan jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala).
Monday, April 19, 2010
20-04-2010
Kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti.
19-04-2010
Hidup ini ibarat ada 3 hari:
Semalam sebagai pengalaman,
Hari ini untuk perancangan,
Dan esok menantikan jawapan.
Semalam sebagai pengalaman,
Hari ini untuk perancangan,
Dan esok menantikan jawapan.
17-04-2010
Kata orang arifbillah,gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan akal dan kalbu.
16-04-2010
Berfikirlah dengan berzikir,berzikir perlu disusuli dengan sifat zuhud,zuhud akan melahirkan sifat redha.
15-04-2010
Tadbirlah fikir dengan zikir,tadbir zikir dengan amal,tadbir amal dengan zuhud,tadbir zuhud dengan redha,tadbir redha dengan syukur dan tadbir syukur dengan sabar.
14-04-2010
Kehidupan ummah akan hancur lebur apabila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.
14-04-2010
Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai ianya dilakukan dengan penuh syukur.
12-04-2010
Never stop doing your daily activities!! You have to keep on going to increase your income for better lifestyle.With minimum $10,000 per month you will change the history of your family...
31-03-2010
Segala amal dan usaha dalam hidup adalah di dorong oleh fikiran dan naluri.Di dalam naluri itu ada pertimbangan di antara buruk atau baik dan cantik atau keji.
30-03-2010
Di kala bersedekah,elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan ALLAH.
29-03-2010
Bersedekahlah semasa diri masih muda,sihat dan bertenaga.Di situ terkandung rahmat ALLAH yang sangat besar.Elakkan bersedekah di kala hujung usia.
27-03-2010
Islam yang kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum,sesudah,semasa,selepas,kehancuran,kemusnahan dan kebangkitan.Inilah himpunan di akhir zaman.
26-03-2010
Di antara kejayaan akhirat,kekal tanpa pupus,kaya tanpa miskin,hormat tanpa hina dan bahgia tanpa duka.Inilah anugerah Tuhan kepada orang beriman.
25-03-2010
Di antara kejayaan diri dalam kehidupan adalah penuh dengan kekayaan,kehormatan dan panjang umur.Namun ia juga sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t
24-03-2010
ALLAH tidak perlukan kita untuk menjadi wakilNYA tetapi kitalah yang memerlukanNYA serta rahmatNYA.Buktikanlah diri (dalil) sebagai hambaNYA.
23-03-2010
Belajarlah berfikir dan berdakwah sebagaimana Rasul dan Sahabat.Lakukan dengan apa yang dikehendakiNYA dengan cara memohon dan berdoa.
22-03-2010
Dakwah itu sangat halus,penuh seni dan sangat terperinci.Ia boleh lahir dari lisan,fikiran,doa,perbuatan dan sebagainya.Berusahalah kearahnya.
20-03-2010
Kehidupan ISLAM yang berteraskan YAHUDI,bermatlamatkan NASRANI dan cara MAJUSI membawa kepada CINTA dunia.Islam apakah namanya itu?
Friday, April 9, 2010
18-03-2010
Tiada keberkatan hidup tanpa solat.Tidak berguna puasa tanpa solat.Tidak sempurna solat tanpa dua kalimah Syahadah.
17-03-2010
Sebaik-baik amalan berpuasa itu adalah sewaktu cuti dari kerjaya dunia.Berkat puasa itu dengan beriqtikaf di masjid atau surau agar jauh dari gangguan dunia.
16-03-2010
Didiklah nafsu dengan memperbanyakkan berpuasa.Perbanyakkan berzikir,bertasbih,solat (nafil) dan menghayati Al-Quran semasa berpuasa itu.
15-03-2010
Bermula niat dengan berfikir.Datangnya fikiran melalui renungan.Datangnya renungan dari muhasab diri.Bermula muhasab diri hasil dari pembacaan dan ceramah kesedaran.
13-03-2010
Tidak selamat bagi ummat yang hidup diatas bumi tanpa berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran,maka bala akan datang bertimpa-timpa.
11-03-2010
Anjurkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu melaksanakannya dan cegahlah kemungkaran itu walaupun kita belum mampu menghentikannya.
09-03-2010
Tiada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa,anak-anak dan isteri-isterinya daripada api neraka.
08-03-2010
Kasih sayang di antara suami isteri itu akan menjemput rahmat ALLAH dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya.
06-03-2010
Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu.
05-03-2010
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.Wanita yang jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yang keji.
04-03-2010
Jangan sesekali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran (fikiran tumpul).
03-03-2010
Berkat makan itu adalah dimulakan dengan 3 jari selepas doa makan dibaca.Minumlah air setelah 40 tapak melangkah selepas makan agar sempurna hadzamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)