Tuesday, March 2, 2010
02-03-2010
Makan dan minumlah dengan menggunakan tangan kanan kerana makan dan minum yang menggunakan tangan kiri itu menyukakan syaitan.
01-03-2010
Janagan diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk mencari keredhaan Ilahi.Bermula wadah ilmu itu adalah dengan fikir yang penuh dengan penghayatan dan bersedekah.
27-02-2010
Hidup ini adalah suatu perjalanan.Perjalan pula terdapat berbagai ujian.Setiap ujian itu tersirat hikmahnya.Setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan.
26-02-2010
Kenali malaikat dengan menghafal nama-nama mereka berserta tugas-tugasnya.Sering-seringlah berbisik-bisik dengan mereka tetapi awas! Jangan terpedaya pula pada bisikan syaitan.
25-02-2010
Hafallah kesemua cerita 25 para rasul itu bersama sejarahnya.Disitulah tersurat masalah yang terkumpul di akhir zaman ini.
fikir-fikirkanlah?
fikir-fikirkanlah?
24-02-2010
Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia selagi kita tidak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yang membawa kepada dengki dan kianat.
23-02-2010
Fikir mati itu juga merangkumi penyediaan kepada barisan kepimpinan,sokongan,pelapis dan ekonomi agar apa yang ditinggalkan terus terlaksana sebagai amal jariah.
22-02-2010
Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri kembali kepadaNYA dengan susunan kehidupan sentiasa untuk menghadapinya.
20-02-2010
I have teach you how to FLY but you have to decide how high you want to fly!
Your result is solely depends on your effort and hardwork today!
Why others can do it,Why not me?
Your result is solely depends on your effort and hardwork today!
Why others can do it,Why not me?
20-02-2010
Beramal yang sedikit dengan istiqamah (tetap) itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluang sahaja.
18-02-2010
Ilmu (wahyu) itu datangnya dari langit (malaikat Jibril),
pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah,
ilham pula dari pengamatan,renungan dan pengalaman.
pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah,
ilham pula dari pengamatan,renungan dan pengalaman.
17-02-2010
Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu,wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan.
15-02-2010
Jangan tertipu dengan bisikan syaitan yang mahu menghindarkan kita dari berdoa dan memohon kesejahteraan kerana Allah SWT mengarahkan kita supaya sering meminta dan berdoa kepadaNYA.
12-02-2010
Bermula berjalan (menuju) kepada Tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada ibu bapa dengan sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.
09-02-2010
Semua ilmu yang dipelajari perlu mendapat tunjuk ajar ulamak (muktabar).Carilah ulamak atau guru yang tidak mempunyai kepentingan Duniawi.
08-02-2010
Ilmu itu hanyalah suatu panduan.Yang menyemarakkan ilmu itu adalah yang mengamalkannya.Ilmu yang dibaca dan diajar sahaja tidak bermanfaat andai tidak diamalkan.
06-02-2010
Rukun beragama mempunyai usul-usul yang tertentu.Usul agama bermaksud bermulanya sesuatu dengan sebab dan cara untuk beramal yang berpandukan Al-Quran.
05-02-2010
Di antara rukun di dalam agama adalah:-
1.Iman
2.Islam
3.Hati
4.Yakin
5.Quddus
6.Ruhul Amri
7.Perang (nafsu)
8.Perpaduan
9.Harian
10.Hakikat
1.Iman
2.Islam
3.Hati
4.Yakin
5.Quddus
6.Ruhul Amri
7.Perang (nafsu)
8.Perpaduan
9.Harian
10.Hakikat
04-02-2010
Untuk beragama,rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Tuhan terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan Rasulullah S.A.W.
Subscribe to:
Posts (Atom)