Wednesday, January 20, 2010

12-01-2010

Di beri hidung untuk menghidu wangi-wangian dan mengelakkan kepada bau busuk pada zahirnya dan menghidu akan kemungkaran pada hakikatnya.

13-01-2010

Diberi mulut untuk berkata-kata dan menguatkan senyuman agar menyenangkan hati orang di sekeliling dan yang berurusan dengan kita.

14-01-2010

Diberi lidah agar memperbanyakkan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran Allah (bukan untuk berdusta)

15-01-2010

Diberi dua telinga,
Pertama:mendengar yang zahir
Kedua:mendengar bisikkan laduni (awas terhadap bisikkan syaitan yang selalu mencelah-kekeliruan)

16-01-2010

Diberi dua tangan bagi bekerja dan berpaut kepada kekuatan,
pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah.

Sunday, January 17, 2010

18-01-2010

Bermusafirlah diatas muka bumi ini untuk melihat keagungan Allah hatta perlu melancong ke tempat-tempat bersejarah sebagai pentarbiahan fikir.

Thursday, January 14, 2010

13-01-2010

Your effort and hardwork today is for your next generation income.
Commitment leads to action,
Action brings your dream closer.

Tuesday, January 12, 2010

09-01-2010

Dalam banyak-banyak makanan,yang terbaik adalah gandum,
Dalam banyak-banyak air minuman,yang terbaik adala air zam-zam.

08-01-2010

Pengharapan itu biarlah hanya kepada ALLAH,
rujuklah surah At-Taubah,renungi ayat demi ayat dan mohonlah kefahaman darinya (ayat 129)

07-01-2010

Jangan difikir pada ganjaran PAHALA,
biarlah segala kebaikan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang.

06-01-2010

Penuhkan amalan semasa beriktiqaf dengan zikir,tasbih,solat(nafil) dan menghayati Al-Quran hingga sejahtera (diri),aman (fikir),damai (rasa) dan sentosa (kehidupan).

05-01-2010

Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati yang tidak meraguinya.
Hindarkan dari rezeki yang meragukan.

Monday, January 4, 2010

31-12-2009

Bermula niat dengan fikir,
Datangnya fikir melalui renungan.
Datangnya renungan dari muhasabah diri.
Bermula muhasabah diri dengan syarah yang didengar atau dibaca.

01-01-2010

Harta yang paling untung SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM.

02-01-2010

Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan (nikmat).

04-01-2010

Ilmu keINSANan itu diperolehi apabila segala ujian,gangguan,godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan.