Monday, July 5, 2010
30-06-2010
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain dan tidak sempurna iman itu melainkan mencintai sahabat kamu sebagaimana mencintai dirimu sendiri.
Tuesday, June 29, 2010
29-06-2010
Di antara amal jariah yang paling besar adalah DAKWAH ILLALLAH
(jalan kepada ALLAH-Mujahadah-susah payah)
(jalan kepada ALLAH-Mujahadah-susah payah)
Monday, June 28, 2010
28-06-2010
Kekuatan Islam pada penyatuan,
itu dalil yang disyiarkan,
Dengki khianat mainan syaitan,
Sengaja menghasut demi perpecahan.
itu dalil yang disyiarkan,
Dengki khianat mainan syaitan,
Sengaja menghasut demi perpecahan.
26-06-2010
Biar bodoh asalkan mahu belajar.
Biar kabur asalkan terus mencari.
Biar dimarah kerana belajar asalkan tidak dimarah kerana kurang ajar.
Biar kabur asalkan terus mencari.
Biar dimarah kerana belajar asalkan tidak dimarah kerana kurang ajar.
25-06-2010
Sering-seringlah berbuat Tahajjud dan Dhuha kerana ia membawa kepada kemudahan pekerjaan seharian dan terang perjalanan untuk beriman kepada Tuhan.
24-06-2010
Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat mahu pun yang tersurat,
ilmu lahir dari sering bermunajat dan risaukan ummat,
itu jelas kita ummat Muhammad.
ilmu lahir dari sering bermunajat dan risaukan ummat,
itu jelas kita ummat Muhammad.
23-06-2010
Manusia sering kealpaan,
kelalaian pula kerana kesenangan,
sering-seringlah muhasab akan kehidupan,
jadikan Al-Quran sebagai panduan.
kelalaian pula kerana kesenangan,
sering-seringlah muhasab akan kehidupan,
jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Tuesday, June 22, 2010
22-06-2010
Lidah berkata cinta Allah cinta Rasul,
perbuatan dilaksana tidak pula mengikut usul,
Al-Quran hanya sebagai simbol kehidupan yahudi nasaro itu yang timbul.
perbuatan dilaksana tidak pula mengikut usul,
Al-Quran hanya sebagai simbol kehidupan yahudi nasaro itu yang timbul.
21-06-2010
Manusia lupa asal dan usul kerana asyik dengan keseronokkan dunia.
Nabi dan Rasul berkorban jiwa agar umat dapat agama.
Nabi dan Rasul berkorban jiwa agar umat dapat agama.
19-06-2010
Hidupnya kita perlu bersederhana,soal akhirat juga soal dunia.
Berkasih sayang itu yang utama,jangan ia disalahguna,kelak merana jiwa dan raga.
Berkasih sayang itu yang utama,jangan ia disalahguna,kelak merana jiwa dan raga.
18-06-2010
Jangan khuatir persoalan rezeki,mudahkan ia dengan memperbanyakkan Dhuha.
Jangan ditinggalkan perkara-perkara wajib,agar kehidupan tersusun lagi terlaksana.
Jangan ditinggalkan perkara-perkara wajib,agar kehidupan tersusun lagi terlaksana.
Wednesday, June 16, 2010
17-06-2010
Kuatkan semangat sempurnakan akhlak,perbaiki segala kelemahan diri.
Jadikan masjid tempat menyendiri,dinihari bermohon kepada Ilahi.
Jadikan masjid tempat menyendiri,dinihari bermohon kepada Ilahi.
16-06-2010
Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai dan tiada harga.
Datang syaitan dengan godaan,hilang Islam hilang Iman,tenggelam dalam noda tenggelam dalam dosa.
Datang syaitan dengan godaan,hilang Islam hilang Iman,tenggelam dalam noda tenggelam dalam dosa.
15-06-2010
Iman mampu membentuk segala-galanya,
Sempurna Iman maka sempurnalah hidup,
Sempurna hidup yang berjemaah,
menjadi hamba kepada Allah s.w.t
Sempurna Iman maka sempurnalah hidup,
Sempurna hidup yang berjemaah,
menjadi hamba kepada Allah s.w.t
Monday, June 14, 2010
14-06-2010
Ramai melihat dan mendengar tentang penceraian keluarga (kesukaan syaitan),
Mengapa tidak di tarbiah dengan perjalanan dan pengamalan Iman?
Mengapa tidak di tarbiah dengan perjalanan dan pengamalan Iman?
12-06-2010
Bala bencana berlaku di merata-rata.Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya?Adakah kita masih seronok dan leka?Bagaimana pula dengan iman kita?
11-06-2010
Jangan salahkan pemimpin kerana pimpinannya,salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri,adakah menepati dengan kehendak Ilahi?
10-06-2010
Ada 7 tingkatan jalan ibadah iaitu;
1.Ilmu
2.Taubat
3.Godaan
4.Rintangan
5.Pendorong
6.Kelemahan
7.Puji kesyukuran.
1.Ilmu
2.Taubat
3.Godaan
4.Rintangan
5.Pendorong
6.Kelemahan
7.Puji kesyukuran.
Wednesday, June 9, 2010
08-06-2010
Iman dan Islam itu tidak ada nilai andai kesempatan melaksanakan Iman tidak diendahkan dengan alasan kesibukkan dunia.
09-06-2010
Perangi dunia dengan akhirat,
Perangi manusia dengan kasih sayang,
Perangi syaitan dengan ibadat (sunnah hidup),
Perangi nafsu dengan kesyukuran (Ibadah).
Perangi manusia dengan kasih sayang,
Perangi syaitan dengan ibadat (sunnah hidup),
Perangi nafsu dengan kesyukuran (Ibadah).
Monday, June 7, 2010
BEST System
B-believe in ALLAH s.w.t (beriman kepada ALLAH s.w.t)
E-eager to learn (gigih untuk belajar sampai mati)
S-sincerity (melakukan kerja dengan ikhlas)
T-towards excellence (menggapai kejayaan)
E-eager to learn (gigih untuk belajar sampai mati)
S-sincerity (melakukan kerja dengan ikhlas)
T-towards excellence (menggapai kejayaan)
Sunday, June 6, 2010
07-06-2010
Kerosakkan kehidupan manusia adalah berpunca dari pengaruh terhadap kehidupan JIN itu sendiri,(Harta,kuasa,kemegahan) yang membawa kepada perbalahan.
05-06-2010
Pelbagai penyakit itu datangnya dari pemakanan dan 75% daripadanya adalah hasil dari kekotoran JIN (kuman).
Friday, June 4, 2010
04-06-2010
Tidak berguna kebahagiaan yang dinikmati andai Iman dan Islam tidak berserta kerana ia tidak mencapai matlamat manusia yang dihantar ke dunia.
03-06-2010
Carilah bahagian kehidupan di dunia ini dengan sempurna agar hidup lebih bermakna dan mampu meraih syiar agama.
01-06-2010
Sejauh mana setiap kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran,sejauh itulah ia menjadi wadah untuk menghadapi kejayaan yang akan datang.
31-05-2010
Neraka tempat orang yang berdosa,terasa berdosa jangan berputus asa,bertaubat,berdoa,jua berusaha,demi syurga nikmatnya tak terhingga...
29-05-2010
Kata bicara penyedap jiwa,
Ibadat dan Taubat pembentuk NAFSU,
keimanan diri membawa taqwa,
kebenaran jua menusuk Qolbu.
Ibadat dan Taubat pembentuk NAFSU,
keimanan diri membawa taqwa,
kebenaran jua menusuk Qolbu.
28-05-2010
Bermula fikrah dengan fikir kerana berfikir datangnya zikir,bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari Al-Quran.
28-05-2010
Bermula fikrah dengan fikir kerana berfikir datangnya zikir,bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari Al-Quran.
27-05-2010
Suka itu adalah bahan fikir (nafsu),
Sayang pula sebagai zikir (berdamping),
Kasih untuk syukur (merasai),
dan Cinta bagi menguji kesabaran (kenikmatan).
Sayang pula sebagai zikir (berdamping),
Kasih untuk syukur (merasai),
dan Cinta bagi menguji kesabaran (kenikmatan).
26-5-2010
Kata orang arifbillah,semakin jauh perjalanan kepada Tuhan semakin BODOH diri dirasakan,tetapi bila berasa sempurna maka itu tanda telah ditipu SYAITAN.
Monday, May 24, 2010
25-05-2010
Siddiq,amanah,tabligh,fatanah dan syariat,tariqat,hakikat,makrifat itu adalah bahagian-bahagian pentarbiahan dan perjalanan IMAN & ISLAM.
24-05-2010
Didiklah isteri itu yang bermula dengan meninggalkannya sehari semalam dalam seminggu dengan beristiqaf dan beribadat(masjid).
22-05-2010
Bersujud syukurlah kepada ALLAH sambil memohon kelengkapan (dakwah),kekuatan (amal), kuasa (darjat-kekuatan/pentadbiran) dan bijaksana (merdeka).
21-05-2010
Bermula luntur kewibawaan suami kepada isteri adalah dengan mengikut kehendak isteri yang adakalanya baja kepada ammarah kehidupan.
Wednesday, May 19, 2010
20-05-2010
Mendapat isteri ibarat telah sempurna separuh dari perjalanan agama dan yang separuh perlulah dicari bukan berdiam diri menikmati keseronokkan suami/isteri.
19-05-2010
Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredhaan Tuhan.
18-05-2010
Tidak ada yang paling menggembirakan Iblis selain dari melihat sepasang suami/isteri berpisah disebabkan angkaranya.
17-05-2010
Iblis dan syaitan menggunakan kesukaan dan kelemahan kita untuk menggoda dan menyesatkan.
Hanya Aqal & Qolbu (Iman dan Taqwa) menjadi pendinding kita.
Hanya Aqal & Qolbu (Iman dan Taqwa) menjadi pendinding kita.
15-05-2010
Iblis dan syaitan tidak pernah leka di dalam menyesatkan ummat Muhammad iaitu hingga dengan menggunakan manusia dan keindahan dunia sebagai perantara.
14-05-2010
Kata orang arifbillah,mereka yang mempunyai jawatan di dalam masjid tetapi tidak mengambil berat tentang aktiviti dan peranan masjid umpama ular yang memasuki syurga.
13-05-2010
Masjid adalah tempat taubat,ibadat dan khidmat masyarakat.Jangan jadikan masjid sebagai tempat memecahbelahkan ummat dengan cemburu,dengki dan khianat.
12-05-2010
Bermula penyatuan sesama ummat adalah dengan melakukan sesuatu kebaikkan bersama,
Tempat penyatuan yang paling baik adalah di masjid.
Tempat penyatuan yang paling baik adalah di masjid.
11-05-2010
Jangan terlalu ghairah menabur amal hingga keperluan diri diabaikan,bila FITNAH datang mengundang maka runtuh segala kebaikkan.
10-05-2010
Amat rugi membuat pelaburan di dunia andai keuntungannya membaja nafsu amarah dan menjauhkan diri dari ALLAH s.w.t.
09-05-2010
People don't like to be sold but they LOVE to buy.
Finding out WHY people buy is more valuable than HOW TO SELL.
Establishing their WHY is the basis of determining their true needs.
Their buying motive is one billion times more important than your SELLING skills.
Finding out WHY people buy is more valuable than HOW TO SELL.
Establishing their WHY is the basis of determining their true needs.
Their buying motive is one billion times more important than your SELLING skills.
09-05-2010
The power of the DREAM!
Our dream...drive us to reach our GOAL!
Make our work priority...
Increase our potential....
Added value to our work...
Can predict our FUTURE!
Our dream...drive us to reach our GOAL!
Make our work priority...
Increase our potential....
Added value to our work...
Can predict our FUTURE!
08-05-2010
Tidak sempurna amal perbuatan dan kebajikan andai tidak mengikut kehendak Rukun
Iman dan Rukun Islam (Pengamalan? Pengabdian diri kepada tuhan).
Iman dan Rukun Islam (Pengamalan? Pengabdian diri kepada tuhan).
07-05-2010
Tuntutlah kejayaan akhirat dengan penuh taqwa kerana kejayaan itu mempunyai 4 perkara iaitu kekekalan,kekayaan,kehormatan dan ilmuan.
06-05-2010
Memberi,menghadiah,bersedekah dan berkorban demi Allah & Rasul adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukkan wadah Ilmu (laduni).
05-05-2010
Perbanyakkan memberi kepada yang memerlukan,hadiah kepada yang berkenaan,sedekah kepada fakir miskin dan berkorban demi perjuangan menegakkan Islam (Iman/Syiar).
04-05-2010
Petunjuk kepada jalan iman begitu terang untuk hati yang mulia & berserta sifat pemurah serta penyayang sesama makhluk.
03-05-2010
Buta hati adalah buta yang paling keji di dalam perjalanan menuju iman.Punca buta hati itu kerana bakhil,dengki,berdendam dan khianat sesama makhluk.
30-04-2010
Perbanyakkan membaca Al-Quran ( 10 surah lazim ) berserta terjemahannya sambil direnung & fikir akan maksud dan pengamalannya bagi menepati perintah ALLAH s.w.t.
Wednesday, April 28, 2010
29-04-2010
Bacalah Al-Fatihah dengan niat menyusuli jalan syahadah dari Adam a.s hingga Rasul S.A.W(wadah fikir) dan ditambah pula dengan 7x surah Al-Quraisy, Al-Maun dan Al-Kautsar.
28-04-2010
Pesan orang arifbillah,
baca Al-Fatihah 7x dari Subuh-Isyak,
baca Yassin 70x dari Zohor-Asar,
baca Al-Kahfi dari Asar-Maghrib,
baca 10 surah lazim dari Maghrib-Isyak.
baca Al-Fatihah 7x dari Subuh-Isyak,
baca Yassin 70x dari Zohor-Asar,
baca Al-Kahfi dari Asar-Maghrib,
baca 10 surah lazim dari Maghrib-Isyak.
27-04-2010
Perbanyakkan zikir Lailahaillallah,bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikkan/terusan amalan (elok membaca surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun)
26-04-2010
Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa juga memohon keampunan dari mereka (eloklah membaca surah Al-Fatihah,Al-Imran dan Al-Kahfi)
24-04-2010
Uzlahkan diri dari kesibukan dunia,kelukan lidah dengan memperbanyakkan tasbih,matikan hati dari berangan tentang dunia (hayati Al-Quran dan matikan jasad dengan banyak zikirullah.
23-04-2010
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,Nabi Musa dan Nabi Isa.Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada ALLAH s.w.t.
23-04-2010
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,Nabi Musa dan Nabi Isa.Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada ALLAH s.w.t.
22-04-2010
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.Andai kaya,lihatlah kepada yang miskin.andai miskin lihatlah kepada yang papa.Andai papa,lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.
21-04-2010
Kata orang arifbillah,pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat (jangan jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala).
Monday, April 19, 2010
20-04-2010
Kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti.
19-04-2010
Hidup ini ibarat ada 3 hari:
Semalam sebagai pengalaman,
Hari ini untuk perancangan,
Dan esok menantikan jawapan.
Semalam sebagai pengalaman,
Hari ini untuk perancangan,
Dan esok menantikan jawapan.
17-04-2010
Kata orang arifbillah,gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan akal dan kalbu.
16-04-2010
Berfikirlah dengan berzikir,berzikir perlu disusuli dengan sifat zuhud,zuhud akan melahirkan sifat redha.
15-04-2010
Tadbirlah fikir dengan zikir,tadbir zikir dengan amal,tadbir amal dengan zuhud,tadbir zuhud dengan redha,tadbir redha dengan syukur dan tadbir syukur dengan sabar.
14-04-2010
Kehidupan ummah akan hancur lebur apabila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.
14-04-2010
Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai ianya dilakukan dengan penuh syukur.
12-04-2010
Never stop doing your daily activities!! You have to keep on going to increase your income for better lifestyle.With minimum $10,000 per month you will change the history of your family...
31-03-2010
Segala amal dan usaha dalam hidup adalah di dorong oleh fikiran dan naluri.Di dalam naluri itu ada pertimbangan di antara buruk atau baik dan cantik atau keji.
30-03-2010
Di kala bersedekah,elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka waktu panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan ALLAH.
29-03-2010
Bersedekahlah semasa diri masih muda,sihat dan bertenaga.Di situ terkandung rahmat ALLAH yang sangat besar.Elakkan bersedekah di kala hujung usia.
27-03-2010
Islam yang kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum,sesudah,semasa,selepas,kehancuran,kemusnahan dan kebangkitan.Inilah himpunan di akhir zaman.
26-03-2010
Di antara kejayaan akhirat,kekal tanpa pupus,kaya tanpa miskin,hormat tanpa hina dan bahgia tanpa duka.Inilah anugerah Tuhan kepada orang beriman.
25-03-2010
Di antara kejayaan diri dalam kehidupan adalah penuh dengan kekayaan,kehormatan dan panjang umur.Namun ia juga sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t
24-03-2010
ALLAH tidak perlukan kita untuk menjadi wakilNYA tetapi kitalah yang memerlukanNYA serta rahmatNYA.Buktikanlah diri (dalil) sebagai hambaNYA.
23-03-2010
Belajarlah berfikir dan berdakwah sebagaimana Rasul dan Sahabat.Lakukan dengan apa yang dikehendakiNYA dengan cara memohon dan berdoa.
22-03-2010
Dakwah itu sangat halus,penuh seni dan sangat terperinci.Ia boleh lahir dari lisan,fikiran,doa,perbuatan dan sebagainya.Berusahalah kearahnya.
20-03-2010
Kehidupan ISLAM yang berteraskan YAHUDI,bermatlamatkan NASRANI dan cara MAJUSI membawa kepada CINTA dunia.Islam apakah namanya itu?
Friday, April 9, 2010
18-03-2010
Tiada keberkatan hidup tanpa solat.Tidak berguna puasa tanpa solat.Tidak sempurna solat tanpa dua kalimah Syahadah.
17-03-2010
Sebaik-baik amalan berpuasa itu adalah sewaktu cuti dari kerjaya dunia.Berkat puasa itu dengan beriqtikaf di masjid atau surau agar jauh dari gangguan dunia.
16-03-2010
Didiklah nafsu dengan memperbanyakkan berpuasa.Perbanyakkan berzikir,bertasbih,solat (nafil) dan menghayati Al-Quran semasa berpuasa itu.
15-03-2010
Bermula niat dengan berfikir.Datangnya fikiran melalui renungan.Datangnya renungan dari muhasab diri.Bermula muhasab diri hasil dari pembacaan dan ceramah kesedaran.
13-03-2010
Tidak selamat bagi ummat yang hidup diatas bumi tanpa berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran,maka bala akan datang bertimpa-timpa.
11-03-2010
Anjurkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu melaksanakannya dan cegahlah kemungkaran itu walaupun kita belum mampu menghentikannya.
09-03-2010
Tiada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa,anak-anak dan isteri-isterinya daripada api neraka.
08-03-2010
Kasih sayang di antara suami isteri itu akan menjemput rahmat ALLAH dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya.
06-03-2010
Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu.
05-03-2010
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.Wanita yang jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yang keji.
04-03-2010
Jangan sesekali menyulam air minum semasa makan kerana ia boleh melemahkan akal dan fikiran (fikiran tumpul).
03-03-2010
Berkat makan itu adalah dimulakan dengan 3 jari selepas doa makan dibaca.Minumlah air setelah 40 tapak melangkah selepas makan agar sempurna hadzamnya.
Tuesday, March 2, 2010
02-03-2010
Makan dan minumlah dengan menggunakan tangan kanan kerana makan dan minum yang menggunakan tangan kiri itu menyukakan syaitan.
01-03-2010
Janagan diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk mencari keredhaan Ilahi.Bermula wadah ilmu itu adalah dengan fikir yang penuh dengan penghayatan dan bersedekah.
27-02-2010
Hidup ini adalah suatu perjalanan.Perjalan pula terdapat berbagai ujian.Setiap ujian itu tersirat hikmahnya.Setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan.
26-02-2010
Kenali malaikat dengan menghafal nama-nama mereka berserta tugas-tugasnya.Sering-seringlah berbisik-bisik dengan mereka tetapi awas! Jangan terpedaya pula pada bisikan syaitan.
25-02-2010
Hafallah kesemua cerita 25 para rasul itu bersama sejarahnya.Disitulah tersurat masalah yang terkumpul di akhir zaman ini.
fikir-fikirkanlah?
fikir-fikirkanlah?
24-02-2010
Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia selagi kita tidak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yang membawa kepada dengki dan kianat.
23-02-2010
Fikir mati itu juga merangkumi penyediaan kepada barisan kepimpinan,sokongan,pelapis dan ekonomi agar apa yang ditinggalkan terus terlaksana sebagai amal jariah.
22-02-2010
Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri kembali kepadaNYA dengan susunan kehidupan sentiasa untuk menghadapinya.
20-02-2010
I have teach you how to FLY but you have to decide how high you want to fly!
Your result is solely depends on your effort and hardwork today!
Why others can do it,Why not me?
Your result is solely depends on your effort and hardwork today!
Why others can do it,Why not me?
20-02-2010
Beramal yang sedikit dengan istiqamah (tetap) itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluang sahaja.
18-02-2010
Ilmu (wahyu) itu datangnya dari langit (malaikat Jibril),
pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah,
ilham pula dari pengamatan,renungan dan pengalaman.
pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah,
ilham pula dari pengamatan,renungan dan pengalaman.
17-02-2010
Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu,wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan.
15-02-2010
Jangan tertipu dengan bisikan syaitan yang mahu menghindarkan kita dari berdoa dan memohon kesejahteraan kerana Allah SWT mengarahkan kita supaya sering meminta dan berdoa kepadaNYA.
12-02-2010
Bermula berjalan (menuju) kepada Tuhan adalah dengan menunaikan hak kepada ibu bapa dengan sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.
09-02-2010
Semua ilmu yang dipelajari perlu mendapat tunjuk ajar ulamak (muktabar).Carilah ulamak atau guru yang tidak mempunyai kepentingan Duniawi.
08-02-2010
Ilmu itu hanyalah suatu panduan.Yang menyemarakkan ilmu itu adalah yang mengamalkannya.Ilmu yang dibaca dan diajar sahaja tidak bermanfaat andai tidak diamalkan.
06-02-2010
Rukun beragama mempunyai usul-usul yang tertentu.Usul agama bermaksud bermulanya sesuatu dengan sebab dan cara untuk beramal yang berpandukan Al-Quran.
05-02-2010
Di antara rukun di dalam agama adalah:-
1.Iman
2.Islam
3.Hati
4.Yakin
5.Quddus
6.Ruhul Amri
7.Perang (nafsu)
8.Perpaduan
9.Harian
10.Hakikat
1.Iman
2.Islam
3.Hati
4.Yakin
5.Quddus
6.Ruhul Amri
7.Perang (nafsu)
8.Perpaduan
9.Harian
10.Hakikat
04-02-2010
Untuk beragama,rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Tuhan terutamanya melalui sunnah-sunnah yang dianjurkan Rasulullah S.A.W.
Saturday, February 13, 2010
03-02-2010
Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah bagi mengembalikan martabat agama yag bertunjangkan keimanan kepada Allah SWT.
02-02-2010
Maksud kehidupan bermulanya usaha terhadap keruntuhan ummah.
Maka kita perlu berfikir dan menyerlahkannya dengan usaha gigih dan mengharap pertolongan Allah.
Maka kita perlu berfikir dan menyerlahkannya dengan usaha gigih dan mengharap pertolongan Allah.
29-01-2010
Allah memelihara kanak-kanak dengan Asma-Al-Husnanya.
Persekitaran sangat penting bagi menjamin pemeliharaan tersebut (Iman)
Persekitaran sangat penting bagi menjamin pemeliharaan tersebut (Iman)
28-01-2010
Kanak-kanak mampu mengembirakan nurani orang dewasa dengan telatah mereka,andai ada yang benci, itu petanda penyakit hati yang kronik (dengki,kianat,ujub)
27-01-2010
Ambillah peranan di dalam mentarbiah kanak-kanak terutama di dalam masjid kerana pada kanak-kanak itu banyak malaikat bersama mereka.
26-01-2010
Fahamilah jiwa dan corak pemikiran kanak-kanak kerana pada mereka ada ilmu (diselitkan tarbiyah dengan kasih sayang) bagi mereka yang mahu berfikir.
11-02-2010
Sesungguhnya segala ujian, godaan dan tentangan itu dizinkan Tuhan,semata-mata mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan.
21-01-2010
Iman tanpa Islam seperti hidup tidak bertamadun,
Apa benar kenyataan ini?
Apa pula kaitan Iman & Islam itu?
Mengapa?
Bagaimana?
Apa benar kenyataan ini?
Apa pula kaitan Iman & Islam itu?
Mengapa?
Bagaimana?
25-01-2010
Jangan biarkan kanak-kanak membawa haluan mereka sendiri terutama di dalam masjid.
Bimbing dan pimpinlah mereka di dalam peribadatan (program)
Bimbing dan pimpinlah mereka di dalam peribadatan (program)
23-01-2010
Kanak-kanak adalah seperti kain putih dan mereka tiada DOSA, mengapa?
Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu.
Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu.
07-02-2010
Nearly all rich people are not talented,educated or good looking.
They become rich by wanting to be rich.Your vision of where or who you want t be is the greatest asset you have.
They become rich by wanting to be rich.Your vision of where or who you want t be is the greatest asset you have.
Monday, February 1, 2010
22-01-2010
Bermula mentarbiah fikir itu adalah kebingungan dalam berfikir,maka AL-QURAN lah jawapannya kepada semua kebingungan itu.
30-01-2010
Seringl-seringlah membawa kanak-kanak ke masjid dan pastikan pengawasan mereka kerana di masjid sering berkumandang tilawatul dan nasyid (zikir dan tasbih).
31-01-2010
There are two things to aim in life:
1)To get what you want
2)To enjoy what you get
The wisest of the mankind can achieve both.Work hard now,get what you want and enjoy it!
1)To get what you want
2)To enjoy what you get
The wisest of the mankind can achieve both.Work hard now,get what you want and enjoy it!
01-02-2010
Hidup perlu ada padanya niat,maksud,berfikir dan matlamat.
Bermulanya niat dengan jiwa yang tenang.
Ketenangan datangnya dari hati yang suci dan kasih.
Bermulanya niat dengan jiwa yang tenang.
Ketenangan datangnya dari hati yang suci dan kasih.
Wednesday, January 20, 2010
12-01-2010
Di beri hidung untuk menghidu wangi-wangian dan mengelakkan kepada bau busuk pada zahirnya dan menghidu akan kemungkaran pada hakikatnya.
13-01-2010
Diberi mulut untuk berkata-kata dan menguatkan senyuman agar menyenangkan hati orang di sekeliling dan yang berurusan dengan kita.
14-01-2010
Diberi lidah agar memperbanyakkan berzikir dan bertasbih bagi memuji kebesaran Allah (bukan untuk berdusta)
15-01-2010
Diberi dua telinga,
Pertama:mendengar yang zahir
Kedua:mendengar bisikkan laduni (awas terhadap bisikkan syaitan yang selalu mencelah-kekeliruan)
Pertama:mendengar yang zahir
Kedua:mendengar bisikkan laduni (awas terhadap bisikkan syaitan yang selalu mencelah-kekeliruan)
16-01-2010
Diberi dua tangan bagi bekerja dan berpaut kepada kekuatan,
pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah.
pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah.
Sunday, January 17, 2010
18-01-2010
Bermusafirlah diatas muka bumi ini untuk melihat keagungan Allah hatta perlu melancong ke tempat-tempat bersejarah sebagai pentarbiahan fikir.
Thursday, January 14, 2010
13-01-2010
Your effort and hardwork today is for your next generation income.
Commitment leads to action,
Action brings your dream closer.
Commitment leads to action,
Action brings your dream closer.
Tuesday, January 12, 2010
09-01-2010
Dalam banyak-banyak makanan,yang terbaik adalah gandum,
Dalam banyak-banyak air minuman,yang terbaik adala air zam-zam.
Dalam banyak-banyak air minuman,yang terbaik adala air zam-zam.
08-01-2010
Pengharapan itu biarlah hanya kepada ALLAH,
rujuklah surah At-Taubah,renungi ayat demi ayat dan mohonlah kefahaman darinya (ayat 129)
rujuklah surah At-Taubah,renungi ayat demi ayat dan mohonlah kefahaman darinya (ayat 129)
07-01-2010
Jangan difikir pada ganjaran PAHALA,
biarlah segala kebaikan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang.
biarlah segala kebaikan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang.
06-01-2010
Penuhkan amalan semasa beriktiqaf dengan zikir,tasbih,solat(nafil) dan menghayati Al-Quran hingga sejahtera (diri),aman (fikir),damai (rasa) dan sentosa (kehidupan).
05-01-2010
Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati yang tidak meraguinya.
Hindarkan dari rezeki yang meragukan.
Hindarkan dari rezeki yang meragukan.
Monday, January 4, 2010
31-12-2009
Bermula niat dengan fikir,
Datangnya fikir melalui renungan.
Datangnya renungan dari muhasabah diri.
Bermula muhasabah diri dengan syarah yang didengar atau dibaca.
Datangnya fikir melalui renungan.
Datangnya renungan dari muhasabah diri.
Bermula muhasabah diri dengan syarah yang didengar atau dibaca.
01-01-2010
Harta yang paling untung SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM.
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling waspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM.
02-01-2010
Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan (nikmat).
04-01-2010
Ilmu keINSANan itu diperolehi apabila segala ujian,gangguan,godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)