Tuesday, October 27, 2009
23-10-2009
Kata orang Arifbillah,diantara sifat pada seorang ulamak,dia amat takut kepada Allah SWT,walaupun nyawanya jadi taruhan.
24-10-2009
Al-Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan.Mengamalkannya dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.
25-10-2009
Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas.Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan.
27-10-2009
Istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk,sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T sebgai tanda syukur.
27-10-2009
Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur,taat,redha dan ikhlas.Tanpa tanda-tanda tersebut,jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir
Tuesday, October 20, 2009
4D-Key to sucess!!
1.Dream-Something you want to achieve
2.Desire-You can get if you want it
3.Discipline-Do without fail
4.Determination-Strong courage to achieve your goal
2.Desire-You can get if you want it
3.Discipline-Do without fail
4.Determination-Strong courage to achieve your goal
14-10-2009
Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain.
16-10-2009
Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu kaldai,
Dan siapa yang tidak menghapuskannya pada ketika dia mampu untuk itu,
Dia adalah syaitan.
Dan siapa yang tidak menghapuskannya pada ketika dia mampu untuk itu,
Dia adalah syaitan.
17-10-2009
Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah bukti dan sebab.Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya.
17-10-2009
Diantara golongan orang yang dibenci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina,orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.
20-10-2009
Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan.
Monday, October 19, 2009
13-10-2009
Jika hari ini hari terakhir bagi tahun ini,
Pernahkah kita menhitung amal kebaikan dan keburukan kita?
Andai ajal kita menziarahi kita esok hari,sudahkah kita besedia?
Pernahkah kita menhitung amal kebaikan dan keburukan kita?
Andai ajal kita menziarahi kita esok hari,sudahkah kita besedia?
13-10-2009
Sebaik-baik iman adalah amal,
Sebaik-baik amal adalah insan,
Sebaik-baik insan yang pemurah,
Semurah-murah sedekah adalah senyuman,
Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa.
Sebaik-baik amal adalah insan,
Sebaik-baik insan yang pemurah,
Semurah-murah sedekah adalah senyuman,
Sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa.
11-10-2009
Bila kita diuji dengan kemiskinan kita mampu untuk bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan,kita mudah lupa diri dan alpa.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.
10-10-2009
Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya.Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat disekelilingnya.
9-10-2009
Syarat bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati,samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL.
24-09-2009
Sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas qada' dan qadar diikuti dengan kiamat,kitab,Rasul,malaikat dan akhirnya bertemu Allah.
23-09-2009
Hidup memerlukan perjuangan,
tanpa perjuangan tiada pengorbanan,
tanpa pengorbanan tiada kecintaan,
tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.
tanpa perjuangan tiada pengorbanan,
tanpa pengorbanan tiada kecintaan,
tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.
22-09-2009
Berjalan kepada Allah ada 4 jenis iaitu fikir pada perjalanan syariat,zikir pada perjalanan tariqat,sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.
21-09-2009
Kurniaan Tuhan yang dinikmati terbahagi kepada tiga iaitu kepuasan nafsu,keindahan amal dan ketenangan kehidupan,maka perlu bijaksana di dalam menerima anugerahNya.
Sunday, October 18, 2009
20-09-2009
Bajai iman dengan mujahadah kehidupan,didik nafsu dengan berpuasa,asah fikiran dengan fikir mati,bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.
16-09-2000
Kita sering berbelanja demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.
15-09-2009
Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.
14-09-2009
Sesuatu niat itu wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yang sabar menghadapi sebarang ujian,gangguan,godaan dan tentangan
11-08-2009
Firman Allah:Hai hambaku yang telah melampaui,Jangan kamu putus harapan dengan rahmat Allah,sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa...
26-03-2009
Nabi SAW menasihati Abu Zar: Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu (bertemu Allah).Bacalah Al-Quran dan zikir kerana itulah cahaya bagimu didunia.
24-03-2009
Perkara yang paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah Taqwa dan akhlak mulia.Sedangkan yang paling banyak membawa ke neraka ialah mulut dan kemaluan.
23-03-2009
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu,Aku tidak memohon rezeki dari mereka dan tak minta diberi makan.
22-03-2009
Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat rakaat (sunat tahiyatul masjid) sebelum kamu duduk.
21-03-2009
Orang yang mencari selain Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima amalannya,diakhirat kelak ia termasuk golongan orang-orang yang rugi.
Wednesday, October 14, 2009
20-03-2009
Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan manusia;
1.Dari mana kita datang?
2.Kenapa kita didatangkan?
3.Kemana kita pergi selepas didatangkan?
1.Dari mana kita datang?
2.Kenapa kita didatangkan?
3.Kemana kita pergi selepas didatangkan?
18-03-2009
Antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT;
a)pemimpin yang adil
b)pemuda yang membesar dalam ibadat
c)orang yang hatinya mengingati masjid
d)orang yang merahsiakan sedekah
a)pemimpin yang adil
b)pemuda yang membesar dalam ibadat
c)orang yang hatinya mengingati masjid
d)orang yang merahsiakan sedekah
17-03-2009
Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor kerana sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama untuk bertanya hal-hal wanita kepada Rasulullah.
13-03-2009
Islam adalah cara hidup (a way of life),peraturannya lengkap dalam semua segi dalam megatur kehidupan manusia berasaskan akhlak yang mulia.
11-03-2009
Sesiapa yang berpaling mengingatiKu maka baginya kehidupan yang sempit (didunia) dan akhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta.
10-03-2009
Orang yang zuhudkan dunia (tidak gemarkannya) akan mudah melalui musibah dan
orang yang selalu mengingati mati akan segera berbuat kebaikan.
orang yang selalu mengingati mati akan segera berbuat kebaikan.
4-03-2009
Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya:
Pemimpin ditanya tentang jagaannya,
Lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya.
Isteri adalah penjaga dirumah suaminya dan akan ditanya tentang jagaannya dan anak adalah penjaga harta bapanya dan akan juga ditanya tentang jagaannya.

Monday, October 12, 2009
3-03-2009
Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki,
Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula.
Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula.
2-03-2009
Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka,
Berlaku adil lah kerana ia akan membawa hampir kepada taqwa.
Berlaku adil lah kerana ia akan membawa hampir kepada taqwa.
1-03-2009
Seorang yang mahir membaca Al-Quran,malaikat akan mengiringi bacaannya,
Orang yang merangkak-rangkak membaca Al-Quran tetap mendapat dua pahala.
Orang yang merangkak-rangkak membaca Al-Quran tetap mendapat dua pahala.
28-02-2009
Sesiapa yang berselawat keatasku (Rasulullah) sekali, Allah SWT akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan.
Saturday, October 10, 2009
27-02-2009
Nabi SAW ditanya tentang puasa hari Isnin;
Jawab baginda itulah hari aku dilahirkan dan dibangkitkan menjadi Rasul dan pada hari itu juga adalah hari kewafatanku.
Jawab baginda itulah hari aku dilahirkan dan dibangkitkan menjadi Rasul dan pada hari itu juga adalah hari kewafatanku.
26-02-2009
Banyakkanlah berselawat sempena bulan kelahiran,kebangkitan,penghijrahan dan kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
25-02-2009
Kata Ummu Atiyah,wanita berkabung kerana kematian suami selama 4 bulan 10 hari,
dilarang bercelak,berwangian,berpakaian berwarna serta bercorak.
dilarang bercelak,berwangian,berpakaian berwarna serta bercorak.
24-02-2009
Sedekahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok,
Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan
sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya.
Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan
sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya.
23-02-2009
Nabi ditanya:Bilakah kiamat?
Jawab nabi:Bila amanah dipersia-siakan.
Nabi ditanya:Bagaimana?
Jawab nabi:Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli.Tunggulah kiamat.
Jawab nabi:Bila amanah dipersia-siakan.
Nabi ditanya:Bagaimana?
Jawab nabi:Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli.Tunggulah kiamat.
22-02-2009
Setiap yang bernyawa akan mati?
Siapa yang dijauhkan dari neraka dan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya,
kehidupan dunia hanya tipu daya.
Siapa yang dijauhkan dari neraka dan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya,
kehidupan dunia hanya tipu daya.
21-02-2009
Tidak harus dengki kecuali 2 perkara;
a)pada orang yag banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan.
b)pada orang berilmuyang beramal dan mengajarkannya.
a)pada orang yag banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan.
b)pada orang berilmuyang beramal dan mengajarkannya.
Thursday, October 8, 2009
25-09-2009
Tiada guna harta benda,pangkat dan darjat
Andai jiwa,hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka.
Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal.
Andai jiwa,hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka.
Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal.
27-09-2009
Dalam sejarah 25 para rasul,
tersembunyi kisah kehidupan manusia.
Barangsiapa membaca kisah itu
nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat.
tersembunyi kisah kehidupan manusia.
Barangsiapa membaca kisah itu
nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat.
28-09-2009
Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.
Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah SWT
kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.
Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah SWT
kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.
30-09-2009
Hukum Allah itu banyak hikmahnya.
Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan.
Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman adalah suatu penganiayaan.
Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan.
Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman adalah suatu penganiayaan.
30-09-2009
Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu.
Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu.
Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu.
2-10-2009
Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan.
Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian.
Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian.
3-10-2009
Al-Quran itu adalah panduan hidup.
Andai kita menghadapi kemusykilan,
rujuklah kepadanya dengan penuh harap
walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.
Andai kita menghadapi kemusykilan,
rujuklah kepadanya dengan penuh harap
walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja.
4-10-2009
Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati,susunan hidup teratur,silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana,tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.
6-10-2009
Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya,
90% kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan.....
90% kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan.....
6-10-2009
Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan
tetapi segala-galanya memerlukan wang,
Hiduplah atas Qada' & Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan
agar kita tidak tertipu.
tetapi segala-galanya memerlukan wang,
Hiduplah atas Qada' & Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan
agar kita tidak tertipu.
7-10-2009
Zikir itu hubungan dengan Tuhan,
Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan,
Solat itu tanda syukur sebagai hamba,
Al-Quran itu adalah pengalaman kehidupan yang diredhai Tuhan.
Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan,
Solat itu tanda syukur sebagai hamba,
Al-Quran itu adalah pengalaman kehidupan yang diredhai Tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)